BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 12 May 2012

HuKum MeNinDik TeLinGa

Assalamualaikum  semua  & Salam  ukhwah  untuk  sahabat-sahabat  semua  :)

Ana  ingin  berkongsi  satu  hukum  yang  mungkin  ada segelintir  di  luar  sana  yang  terlepas  pandang  akan  hal  ini  iaitu  apakah  hukum  menindik  telinga....?

Sebenarnya  ana  sendiri  pun  terlepas  pandang  akan  hal  tersebut  sehinggalah  ada  seorang  sahabat  ana  yang  bertanyakan  akan  hal itu...

Amira : " Na,  apa  ya  hukum  kita  sebagai  umat  islam  menindik  telinga? "
Ana    : "  A'ah...ana  sendiri  pun  kurang  arif  soal itu... tak  apa  la  mira  nanti  kita  sama-sama cari  ya  apakah  jawapannya"


Ana  terus  google  untuk  carikan  hukumnya...rupa-rupanya  masih  ada  ramai  lagi  yang  musykil  akan  hal  ini...  umm...tapi  sekarang  ana  sudah  tahu akan  hukum  tersebut...jom  ikuti  jawapan  untuk  persoalaan  ini.

Katakanlah  kepada  wanita  yang   beriman:  Hendaklah  mereka  menahan  pandangannya  dan memelihara  kemaluannya,  dan  janganlah  mereka  menampakkan  perhiasannya,  kecuali  yang   bisa  nampak  daripadanya.  Dan  hendaklah  mereka  menutupkan  kain  tudung  ke  dadanya,  dan jangan  menampakkan  perhiasannya,  kecuali  kepada  suami  mereka  atau  ayah  mereka  atau  ayah suami  mereka, atau  putera-putera  mereka,  atau  putera-putera  suami  mereka,  atau  saudara-saudara  mereka, putera-putera  lelaki  mereka,  atau  putera-putera  saudara  perempuan  mereka, atau  wanita-wanita  Islam,  atau  budak-budak  yang  mereka  miliki,  atau  pelayan-pelayan  lelaki  yang  tidak  mempunyai  keinginan  (terhadap  wanita)  atau  anak-anak  yang  belum  mengerti tentang  aurat  wanita. Dan  jangalah  mereka  menghentakkan  kaki  untuk  diektahui orang  akan  apa  yang  tersembunyi  dari  perhiasan  mereka. Dan  bertaubatlah  kamu  sekalian  kepada  Allah hai  orang-orang  yang  beriman  supaya  kamu  beruntung.
                                                  ( Surah  An-Nisa : 31 )

Sebenarnya  ana  bukanlah  mujtahid  untuk  menentukan  apakah  hukum  yang  sebenarnya  harus  diletakkan. Tetapi  jika  mengikut  pembacaan  ana  dalam  ciri-ciri  wanita  masuk  syurga  adalah  dilarang  bagi  wanita  untuk  menindik  telinga. Ini  kerana  menindik  telinga  akan  memberi  kesan  pada  kulit  serta  mengubah  struktur  kulit  tersebut. Berbeza  dengan  berbekam  kerana  walaupun  berbekam akan  memberi  kesan  pada  kulit  tetapi  ianya  memberi  manfaat,  tidak  seperti  menindik  telinga...Jadi, apakah  sebenarnya manfaat  menindik  telinga  ini? 

Selain  itu, jika  menindik  telinga  adalah  untuk  tontonan  ramai  adalah  dilarang  juga  lebih-lebih  lagi  jika  dipertontonkan  oleh  golongan  lelaki.  Perhiasan  tubuh  wanita  yang  hanya  boleh  dilihat  cuma  tapak  tangan  dan  muka  sahaja.  Sebenarnya  isu  ini  berbalik  kepada  niat  kita  adakah  niat  kita  untuk  dipertontonkan?  tetapi  bagi  pandangan  ana,  seseorang  yang  menindik  telinga  hanyalah  mahu  dipertontonkan  oleh  orang  ramai  dan  mahu  ianya  kelihatan  cantik  dipandangan  orang...itu  sudah  dikategorikan  sebagai  terpesong niat...! tapi  apakah  niat  lain  yang  baik  untuk  isu  menindik  telinga  ini?? Bagi  ana  niatnya  hanyalah  satu  iaitu  untuk  dipertontonkan. Ada siapa yang  punya  pandangan  yang  berbeza? 

Mengikut  pandangan  ulama' menindik  telinga  adalah  harus  oleh  wanita  tetapi  haram  bagi  kaum  lelaki.  Maksudnya  harus  disini  ialah  menindik  tidak  berlebihan  yang  boleh  mengundang  fitnah. Jika  perbuatan  itu  dapat  mengundang  fitnah  ianya  haram  bagi  kaum  tersebut.

Ana  hanyalah  mengeluarkan  pandangan  dari  dalil  Al-Quran  dan Sunnah. Tetapi  jika  ada  sesiapa  yang  mempunyai  pandangan  dari  para  ulama'  boleh  kongsikan  juga  ya...   :)

p/s :  kesimpulannya...bagi  ana  tidak  perlulah  untuk  menindik  telinga  kerana  niat  untuk  menindik  adalah  hanya  satu  iaitu  untuk  kecantikkan....lebih-lebih  lagi  jika  bertindik  lebih  dari  satu...itu  sudah  menjadi  hukum  dilarang  dalam  islam...bagi  yang  sebelum  ini  tidak  tahu  dan  pernah  menindik  telinga, perbuatan  itu  tidak  mengapa  kerana  kita  masih  jahil  akan  perkara  itu...dan  sekarang  jika  ilmu  sudah  ada beramal  lah  dengan  ilmu  ini...bukankah  salah  satu  ciri  orang-orang  yang  masuk  syurga  adalah  dengan  beramal  dengan  ilmu  yang  dimilikinya??

oleh  itu,  renung2 kan  dan  selamat  beramal  yup  *-*

~  LoVe  iSlaM  ~

0 comments: