BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 3 December 2012

lesen+study+reserach+bibik

Assalamualaikum semua...


cuaca yang mendung di kampung halaman membuatkan ana terpanggil untuk update blog yang sudah lama menyepii...

bukan kerana malas tapi kekangan waktu yang ada..lain dan tidak bukan adalah posting..

pagi semalam ana sudah berada di kampung halaman untuk menghabiskan cuti sem...kali ini cuti sem ana lain dari yang sebelumnya kerana jadual waktu untuk memenuhi aktiviti pada cuti sem ini telah pun di aturkan..hurmm..busy jugak ye..tapi tak mengapa kerana semuanya bermanfaat..

ana perlu mengikuti kelas memandu yang tertangguh dulu..amik lesen kereta! hihi..
selebihnya,ana perlu siapkan reserch dan edarkan kepada penduduk di sini untuk menjwab soalan2 pada research ana itu..
dan masa selebihnya,ana perlu study subjek2 medical dan emergency untuk dibekalkan pada posting yang akan datang..maklumlah dah nak masuk semester last kena kasi mantapp habis skill dan teori!
nak2 awal januari depan ana ditugaskan di hospital besar pulau pinang, dimana di hospital itu katanya educated ckit..so skill dan teori perlu seiring..huhh,bukan mudah untuk menjadi seorang AMO yang berjaya dan cemerlang dari setiap aspek..i'allah akan ana cuba...

sebelum ini dalam entry hijrah..ana ingin membuat perubahan penulisan ana iaitu ana ingin kupaskan mengenai realiti hidup sebenar ana..lebih mendekatkan diri kepada jiwa sebenar ana..
menulis untuk mematangkan diri daripada pengalaman hidup ana,orang sekeliling dan dari pembacaan itu merupakan penulisan yang ana ingin ketengahkan sejak dulu lagi..untuk dikongsi bersama kawan2 yang sudi menjeguk blog ini..i'allah.. 

p/s: buat sahabtku gma n mira sila jangan malas untuk study yup..pasni nak masuk team emrgncy di pualu pinang!
viva oo viva..hehe

 

Hijrah

Assalamualaikum kepada yang sudi menjenguk blog ana yag tidak seberapa selama ini...

menulis dari hati merupakan impian penulisan ana yang ingin diri ana luahkan sejak dari dulu lagi..

ikhlasan dari hati juga memainkan peranan untuk menulis apabila kekunci jari laju menekan huruf2 yang ada di hujung jari...

kehidupan yang ana lalui semakin mematang kan ana..
bermula dengan penulisan cerita2 menarik dalam hidup atau cerita yang memberi value untuk dikongsikan bersama kawan2 di dunia maya..
seperti peredaran masa yang memberi kita pengajaran tentang hidup..
membuatkan kita lebih dewasa manilai dari setiap sudut realiti hidup ini...

orang kata pengalaman mendewasakan kita?yup..itu betul tetapi bagi ana pengalam tidakkan mendewasakan kita jika kita tidak mengambil teladan atau pengajaran dari apa yang kita lalui itu..itu baru dipanggil dewasa!

seperti diri ana ini..sejujur nya sebelum ini ana sering post kan cerita2 idop yang bahagia dan bermakna buat sahabat2 blog semua..
tapi sekarang ana ingin kongsikan penulisan dari sudut pemikiran ana..
ingin ana kupaskan apa2 isu mengenai hidup dan apa yang ana sedang pikirkan..
yup,itu sedikit sebanyak untuk kalian yang ingin mengenali diri ini dengan lebih dekat atau pun bertukar idea..

i'allah..kita kongsikan bersama..

Thursday, 22 November 2012

Tuhan Tolong Jaga Dia

Wednesday, 14 November 2012

Hilal & Masyitah.

Thursday, 18 October 2012

Jom BerBaSiKaL

salam semua sahabat....

aritu masa posting di PKD,kami ikut fogging di taman sekitar jitra tu..
sempat lagi kami buli budak2 kat taman tu untuk pinjam basikal..
hehe..
 "adik,boleh akak pinjam basikal ni"
" umm..boleh kak..." (nada cam  was2 je budak ni nak bgi ana pinjam)huhu..
almaklumlah...budak tu tgok ana ni dah besor tapi nek basikal lgi..
hihi..
releks r dik...akak pun muda lagi!! kih3...
soo..excited nek basikal tu...
lame sgt2 tak nek basikal...
jumpa basikal cam ape dah gaye nyer..ngee~

~jom2..kita beriadahhh....~


hahh..ini dia geng2..ana..hihi...




~ jgn nak membuli lagi yerr...kui3~

KeSuKaan AnA

salam semua sahabat....

jom lihat ape kegemaran yang ana suka....



hehe...ana memeng suka mengumpul barangan cam gni...
cute2 cartoon cam gni..bila tgok rasa calm sgt2..
lau semua nak tahu,ana bila shopping,suka sgt msuk kdai gift2 yang comel tuh...
xbeli pun tak pe...asal masuk kedai tu cuci2 mata cket pun dah kra ok..

jom lihat ape lagi yang ana beli...




sudu cartoon comel ni murah je. RM1 untuk 3sudu ni..lau nak g shopping kat jitra yup..
pas final exam nanti ana n kwn2 nak g shopping lagi kat jitra..
umm..shopping di alor star xbesh laa...
jom2...kita shopping..(lam pikiran nak beli sudu ni lagi bagi kat adik2 ana n nak beli beg lagi)hihi..


p/s : emm..ana lau marah or tension suka lah masuk kdai cm gni...
confrim keluar je dari kdai tu akan tersenyum2..hihi..

Monday, 24 September 2012

inGaT Lah

ingatlah Sahabat Fillah ku Jodoh itu rahsia ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA... ♥
 
   ☻   ☻
  /█\ /█\
  .||. ||. 
 
SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...

Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai. Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... karena orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. Seperti dalam firman ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." (Qs.Al-Baqarah:216)

Yakinlah...Cinta Itu Akan Indah Pada Akhirnya

~Ehmm... Cinta Hanya Cinta Selepas Nikah.....(✿◠‿◠)~

Saturday, 8 September 2012

Mask MuKa Ana..hihi

salam semua...dan salam tengah malam..hihi

teringin nak share sesuatu...
sambil ana jalan-jalan selepas makan dengan sahabat2 ana..
ana terpandanglah kedai cosway..tetiba teringat kat kawan ana sorang nih yang telah mencuba clearpore deep cleansing..
dia cakap best pakai..dan rasa tertanggal segala pore2 yang berzaman kat muka tuh..huhu
nak cuba lah esok..!!

okeh..nanti kite tgok hasilnye camne eh kwn2..

p/s: buat roomate dan sahabat ana jgn terkejut lau muka ana jadi hitam legam disebabkan masker tu...nantikan ader yang kene heart attack pulak! terpaksa ana kene jadi MA tak berbayar tengah malam..hihi

~mood : gatai2 + miang2 nak mencuba~
nak cari idea buat research sebenarnye..hehe
tak sabar tggu esok..hihi

Tuesday, 28 August 2012

PeSanan UnTuk Dia

kerana diamku ini adalah tanda cintaku padamu...maka,biarlah rasa cinta ini mengalir mengikut aliran cinta illahi..

berdoalah..agar Allah mendengar doa kita..
sesungguhnya,Allah maha mendengar...
Moga hikmah yang terbaik menanti kita di penghunjungnya..

aminn.. 

~berusaha untuk memperbaiki diri untuk bersedia menjadi isteri solehah untuk suamiku dan ibu yang terbaik untuk anak2 ku,moga Allah memberkhati segalanya~

 

Monday, 27 August 2012

ReSePi KuZi Ayam

salam aidulfitri buat semua....


istimewa raya ini..
ana masakan kuzi ayam berempah..
sebenarnya,ana belom pernah merasa kuzi yang sebenar-benarnya...
so,ana tak tahu apakah rasa sebenar kuzi yang asli..
tapi takpelah..rempah kuzi ana dah beli di kota bharu dulu..
so..bila rempahnya dah ader,ader lah cket kot rasa kuzinya..
hihi...

balik kedah nanti,makteh ana dah suruh masak kuzi untuk dia..
tapi taknak lah...
nak suruh mteh yang masak kuzi..sbb ana nak rasa kuzi asli buatan dri KB punya..nak tgok dan rasa sama tak rasanya dengan kuzi ana..
ngee~

so..istimewa buat pembaca sekalian..meh ana bagi resepi kuzi ayam ana nih.. ^ - ^

1 ekor ayam (goreng)

3 ulas bwg besar
3 ulas bwg putih
2cm halia
15 cili kering (bhn2 ini semua dikisar)

2 sudu rempah kuzi
3 sudu kismis
2 sudu gajus
sos cili
sos tomato

ok..jom masak..
mula2,panaskan minyak...
masukkan bahan yang dikisar..
tumis sehingga naik baunya..
msukkan rempah kuzi...
masak sehingga naik bau..

masukkan sos cili,sos tomato..
masukkan kismis..
masukkan ayam..
dan akhir sekali masukkan gajus sebagai hiasannya..
dah siap!!..jom makan.... * - *

ini dia kuzi khas dari ana buat kalian...








boleh juga makan dengan ketupat...best..!!ana dah try...

 p/s: selamat mencuba kawan2 semua..
pasni ana nak try masakan lain pulak..
sempena dah 2x ana khatam al-quran tahun ini,nak buat pulut kuning+rendang pulak...jom lah datang umah ana..kita makan sama2 nak..roger2 je k kwn2.. ^-^

~next masakan,pulut kuning + rendang my mom~
 
 

 

Sunday, 12 August 2012

Happy BOrnDaY = My MakTeH

salam semua...

umm..menunggu pukul 2pm masuk keje..
ingat nak on laptop buat reserach yang masih berbaki..
but..bila dah tangan gatai2 bukak Fb..masa berbaki hanya tinggal berbasi..hehe
tapi xpelah..kita post kat blog dulu apa yang menarikk...
urmm..ape yang menarik yup..??

jom lihat photo ini~~





happy birthday ibu...

jumaat lepas hari lahirnya...
balik keje pagi terus ana balik alor star untuk sambut hari istimewanya..
dalam rushing2 nak bukak pose tu sempat lagi ana pergi membeli kek..
tak lengkap tanpa kek..
ana nih beli je kek kat orang sedangkan ana sendiri tak makan kek..
huhu
ana tak suka makan kek..tak pernah pun beli kek untuk diri sendiri..
tapi untuk orang lain pernah..hehe..
umm..kalau kek coklat suka lah jugak..hehe

nasib m.teh makan kek vanilla ni..
ana main beli je..
nasib jugak kek vanilla nih fav m.teh..
lau tidak..jenuh sape makan..?!

istimewa untuk mteh malam tu..ana nyanyikan lagu HEPI BIRTHDAY untuk mteh yang disygi..hehe..
tak tau sedap tak suara ana..hehe..





 


p/s: ana suka bila melihat orang yang ana sayang bahagia..
jelas kelihatan makteh hepi bila menyambut hari lahirnya walaupun tiada ramai orang..hanya ada tok,abe yeh dan ayh pendi..itu pun dah ramai aper..??hehe..
memang betul kata2 ini..
bahagia itu apabila kita dapat membahagiakan.. 

~Bahagia Apabila Kita Dapat Membahagiakan~ 

Sunday, 5 August 2012

It's My fiRsT TiMe = ??

Salam Ramadhan Al-mubarak buat semua...


                                            


             Tetiba terjumpa photo masa ana baby...comel kan?!



Pantasnya masa berlalu,tanpa ana sedar dah 16 hari kita sebagai umat islam menjalani ibadah puasa...
umm..as a student yang sememangnye terlalu busy dan kadang2 tu buat2 tak busy sbb stress..hehe..
as a student jugak..bangun sahur kul 4.30 minum air milo pun dah cukup..hee..
ana nih bangun sahur dengan muka tak cuci lagi terus pegi masak air, n then baru basuh muka...huhu..senget cket..mamaii la katakan!
umm..busy2 jugak but ana masih tak lupakan untuk jalankan tanggungjwb serta nak mngejar nikmatnya bulan yang penuh barakah ini..
apa lagi lau tidak tadarus al-Quran!
pas sahur,ana mula mengaji sampai subuh..lau keje petang best cket,habis ngaji terus smbung tidoq! ngee..lau keje pagi alamak rushing jugak le...sambung pas asar pulak tadarusss...

actually,perkara utama yang ana ingin kongsikan adalah....
hari ini merupakan dalam sejarah ana melihat ibu mengandung melahirkan baby!!.....
it's my first time n i'll never forget that moment..
sebelum ni belajar just tgok video sja..just imagine itu dan ini..
but today its happens infront of my eyes..i cant imagine that! but..its happens!! huhu..i have no words to tell that..really,i cant imagine that! 

arini merupakan hari pertama ana posting di unit dewan bersalin..
masuk2 je pagi tu terus ada case..
mula2 ketar+takut jugak sbb ana tak penah tgok..
sebagai student kita kene amik peluang tu sbb peluang bukannya datang banyak kali,jika kita terlepas peluang yang ada ini ntah bila peluang seperti itu akan ada..so ana gagahkan jugak kaki melangkah ke bilik bersalin...
mask di ambil..n tanpa ana sedar ana sudah berada di depan ibu itu..
tetiba hati ana sayu+kesian pada ibu itu sbb menahan kesakitan yang amat..
sesudah doktor n nurse memeriksa keedaan ibu tu memang confrim bukaan os ibu dah 8cm..so its time to delivery the baby!

ibu itu diajar meneran..ya Allah..sakit nya ana boleh lihat pada raut wajah si ibu..
mula2 nmpk kepala baby..serius ana memang rasa takut..tak tahu nak gambarkan bagaimana..manis pun ada jugak..
kami memberi kata2 semangat pada si ibu tersebut..
ibu tu meneran..dan mula muka baby kelihatan..
saat itu jugak ana mengucapkan kalimah ALLAH..
airmata ana tetiba keluar..

memuji nama ALLAH yang maha besar dan berkuasa menjadikan manusia..
ana terbayang saat mak ana melahirkan ana..sakitnya..
ana jugak sempat meletakkan diri ana di tempat ibu itu..tak tahu macamna perasaan waktu tu..

baby berjaya disambut oleh kami..banyaknye darah! nak pitam ana..huhu
sebelum ni okey je tgok darah but kali ni rasa..huhu..
comel baby tuh..lau la itu baby ana..hehe..sempat koya!

ana harap sangat nanti bila ana bersalin suami ada di sisi ana..pemberi semngat..
sweetnye masa tu kan?!
biar suami melihat sendiri betapa susahnye melahirkan baby..
lau sepuluh anak ana,sepuluh kali jugak dia kene ada disisi..
ntah2 dia yang pitam dulu tengok banyak darah!huhu
indah ciptaan ALLAH,,,manjadikan manusia...
SUBHANALLAH...  

lepas je baby siap mandi..ana tak lepas2 cium baby tu..jaga sampai ana balik keje..teringin pulak nak ada anak..!haha
kahwin pun tak lagii...aiiyaa..sengau minah nihh..huhu 


jom tgok baby yang baru dilahirkan ini...comeii~












p/s : kejadian manusia merupakan satu kekuasaan ALLAH..
ana bersyukur kerana dilahirkan dari rahim Puan Saebah,mak ana..
i love my mom... n not forget..ana ada sorang lagi ibu..love my ibu too..lau ana khwin nanti pasti ada sorang lagi mak..wahh untung jadi ana..hihi..
baby ana lagi best,ada 3 orang nenek..hihi
pasti nenek2 sekalian berebut nak jaga baby ana..kih3
umm..teringin nak ada baby..

untuk anak2 ana nanti nak letak nama Alisya,Aleeya,Anis,Asyraf,Afif,Alif..ramainye anak ana..??hehe
wahh..ummi dah bagi nama untuk anak2 ummi..
abhi nye belum cari lagi..
umm..menanti jodoh dari ALLAH..Berdoa agar Mendapat Jodoh yang baik..

nanti bila ana dah ade baby,agak2 comel macam ana tak time kecik ek..??hehe..hope comel cam nie..kih3


    ini haa..baby dah jadi besar...?!! haha..still cun...hahaha..

~wanita yang baik untuk lelaki yang baik~
next,turn ana pulak conduct ibu bersalin....i cant wait for that moment..

Friday, 20 July 2012

OnCall TiMe

Assalammualaikum & salam Ramadhan semua =)








sekejap je waktu berlalu..
bulan ramdhan sudah kembali..
rindu ana pada bulan ramdhan yang lepas...
banyak kenangannya..
biarpun ana tahu ramdhan kali ini berbeza sedikit dari yang lepas kerana komitmen pada waktu kerja tapi ana tetap rasa bertuah masih lagi dapat hidup menjalani kewajipan kita sebagai umat islam..
urm..
semput2 je masa untuk menulis blog nih..
itupun lepas balik terawih..
ana busy skrg...
busy ngn posting+research+clerking...
semalam ana n kawan2 oncall...
wahh...terbaik kwn2 ana semua..smngat nak oncall tuh! huhu..
ape2 pun kami memg sedia membantu...hehe


jom lihat kami yang sempat posinG pada pukul 3 pagi!! ngee..


           Di Red Zone..sempat lagi buat hal..aiiyaa!!




                     Minah mana nih..?!hihi




                     penat + nantuk sudahh...







                            Kami MA...


P/s : bekerja merupakan ibadah..
memang bekerja dalam bidang perubatan ini banyak dapat dosa & pahala..
ana selalu berpesan pada diri ana supaya kutip pahala yang ada itu..
bekerja lah dengan ikhlas dan jujur..niat kerana Allah..
kita hidup ini adalah untuk mencari keberkatanNya n RedhaNya..

~selamat bersahur n berpuasa esok ye...!!~

Tuesday, 5 June 2012

JaLan2 Di KeMaMan

Assalamualaikum Semua  :)





Dah 4hari ana berada di rumah..
syok habis tau bila balik umah...
nyaman je rasa..
al maklum lah..kawasan kampung..
dah lama tak dengar bunyi ayam?! kicauan burung?!
aper ana nih..kat ayam & burung pun rindu ke..hoho
rindu kat kucing2 ana jugak! hehe
PUTEH(kucing),k.na balik doh ni..lalala~

sesekali dapat escape dari kawasan bandar cam alor star tu,best sesgt2!
terasa tenang je bila berada di rumah,sunyi je..sejuk je udara!
sesiapa nak try datang ceneh,umah ana ni..meh laa..
ana mengalu-alu kan..
janji best sesgt..nak2 saper2 umah nyer di kawasan bandar,bila datang cni confrim kaki pun terangkat! haha..(kaki terangkat?!)
Aduhaii..
ni dah jadi promoter cuti-cuti malaysia pulak dah gayer nyer..
sebenarnya nak bercerita hal lain,hal lain pulak jadi sangkutan..
ana2...??!! huhu


Meh cni kita bercerita perihal makteh yang datang ke umah ana tempoh hari..
Semalam baru je mteh balik..
terasa kehilangan mteh..
sempat jugak bawak makteh pusing2 kampung ana..
naik moto tau..??!! hehe..
mteh cakap unbelieveable je naik moto ngan ana nih..haha
mteh cakap juga, "ana,tak pakai helmet ke?"
hah..tak payah pakai teh..dalam kampung je! 
polis rajin buat road blok sekali setahun je,teh..
itu pun lau rajin! huhu..
tergelak ana bila mteh tanya camtu..
ntahh kenapa ana ni memang tak suka pakai helmet..
ana rela jalan kaki dari naik moto pakai helmet..
rimas laa..skema je! hehe(jangan ikut tau perangai ana ni..ingtalah orang tersayang..sayangi nyawa kita)ngee..huhu~~ iklan jap!


naik je teh moto ni..jgn takut2..ngee~

Sebenarnya ana nak bawa mteh ke umah tok ana..
kira2 5minit je naik moto..dekat je!
dalam perjalanan ke umah tok,sempat ana tunjuk kan pada makteh sekolah rendah & menengah ana..
library awam yang selalu ana lepak ngan kawan2..(lepak2 study)
sempat jugak ana tujuk dewan yang selalu ana practise men badminton dulu..
urm..itu semua kenangan ana! mahal kenangan tu..xleh dapat dimana2..
ceneh je ader..huhu

on de way balik dari umah tok,
kami pusing2 lagi..ronda2..
mteh cakap nyaman je duk cni ek..
nanti nak beli umah cni lah..!
amboii teh...sempat berangan tu ..atas moto ni teh?! kang duk koya2,jatuh moto,baru tau..hehe
mteh cakap.."haii..lau la orang tu datang..rasa tak nak balik tu..seronok habiss dia" huhu..sape tu teh..??! cam kenal je..hehe
makteh sambung lagi,"banyak bukit kat cni..buat umah tepi bukit boleh jugak ni,orang tu pun cakap nak beli umah tepi bukit?!
again,sape tu teh..??! hehe..(adushh,dah tahu pun tanya lagi!)


Keesokkan harinya..bawa teh jalan2 ke bandar kemaman..
sata malii..hoho..
otak2 malii...huhu
keropok lekor kami datang...!! ngee..
aper ana nih..??haha

urm..tak sah lau datang ke terengganu tak beli keropok!
tak lengkap juga lau datang ke kemaman tak makan sata & otak2..!
rugi tau..!
makanan tu lah yang famous di kemaman..
Lepas shopping di Center point,kemaman..
kami ke kuala kemaman makan sata di restoran tepi laut!
restoran tu famous di kuala...
restoran aziz satar..
mak haii..mentang2 sata famous di restoran tu,kedai pun letak nama aziz satar..?!
famous sekejap aziz satar..huhu..

Jom2..tengok kami belasahh sata sampai kenyang..hoho







 ini ikan ape ntah..tapi di bungkus dalam daun pisang! sedap...!




              amboii..makan tak tengok kiri kanan..! 




                   teh..bismillah tak tu..hehe






       hehe..sedapp nyer..ader orang suap ana..~~

















next destination,aktiviti memborong keropok..kepok! 
tunggu yeahh..kami datang...hoho..

Jom..tengok ape yang kami buat di sana..~~


                   kak,kepok bungkus eh..?!


                  teh,borong gapo teh..banyok tehh..





haii,teh..tak kan dah pening kot tak tahu nak beli mane se! huhu




 untung jadi orang tu, ade jugak orang ingat ek..mak ana pulak tu..!
tersedakk ana di buat nyer..! beli je lah mok..tapi tak tahu dia makan ke tak..makan je..rezeki tu..orang bagi free..hehe..


           tempat memproses keropok lekor..snap jap?!

setelah penat memborong sampai lewat petang..kami pun pulang membawa keropok masing2..







Esokkan harinya pula,makteh dah pun balik kota baru..
sedih nyer..
bila lagi lah  makteh nak datang lagii..
kata makteh,i'allah teh datang lagi datang duk bersila atas lantai la pulak kot...ape maksud teh tu..??!!

 pukul 11 am..makteh dah pun naik bus..
bye2 teh..nanti datang lagi ye..! bawa umi & orang2 kota baru pulak datang lain kali..

                           bye2 teh..


P/s: makteh cakap,haii tak larat nak makan duk umah ana nih..
masak itu ini..banyak nye makanan!
pagi makan,lunch makan,malam makan..
complete set! haha
um..lau orang tu datang mesti dia suka..dia kan suka makan! 
mkn free,wak..hoho..
aihh..sama pulak kami ni..kami kaki makan! hehe..

untuk sahabat2 ku gma n mira..next time yana bawa datang umah yer..insyaallah lau dengan izin nye..kalau bukan sekarang pun,tunggu yana kahwin pun confrim korang kena datang kan..??! tak datang,rugii..huhu..korang kene doa yana kahwin awal lau nak datang terengganu cepat...hahahaha...
untuk gma,orang kerteh yana tak sempat nak cari lagi nak bagi gma..haha
cari kat UTP je lah..belajar sal minyak jugak kan..haha..
tapi kene buat interview la sbb nak orang ganu kan..??! hoho


okey..selamat bercuti semua teman2..



~Jemput lah datang ke kemaman & Bandar Ceneh baru~