Kita sebagai manusia biasa sering terlupa akan diri yang masih perlukan hidayah Allah...kadang kala sikap dan tingkahlaku kita akan memakan diri..itulah dalam islam muhasabah diri adalah sebahagian untuk kita memantapkan lagi iman dan memperbaiki diri agar kita boleh menjdi insan yang selalu memperbaiki diri untuk mencari redha Allah di atas setiap apa yang kita lakukan...muhasabah diri adakah kita seorang yang disukai oleh orang disekeliling?dan bukakankah Allah juga suka akan orang yang disukai oleh orang ramai...? oleh itu,kita harus fikir sejenak adakah keperibadian kita ini diterima oleh masyarakat sekeliling...
Ana ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman ana berkenaan hidayah Allah untuk memperbaiki diri..alhamdulilah..ana mulai sedar betapa tidak eloknya memiliki sifat itu..ana bersyukur pada allah kerana diberi kesempatan diri olehNya untuk memperbaiki diri ini..
Pada 2bulan lepas, ana di 'postingkan' ke wad surgikal di hospital besar kedah..tak tahu kenapa ana terdetik untuk membeli majalah Gen-Q yang berkisar tentang sahabat..tajuknya "bersahabat sampai ke syurga"! menarik isu-isu yang diketengahkan...
Setelah menghayati barulah ana sedar selama ini ada kekurangan pada diri ana untuk menjadikan diri ana seorang sahabat yang baik...bukankah berkeperibadian Egois itu buruk peribadinya...? ia..Dalam islam bersikap ego adalah perkara yang akan memakan diri sendiri...
ana terfikir...ada tingkah laku ana yang ego kepada sahabat memakan diri ana
sendiri..subhanaallah...ana tak mahu jadi seperti itu! ana muhasabah diri...
Pada tempoh masa itu, ana berdoa dan memohon pada yang Esa...agar dijauhkan sifat itu agar ana boleh menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat ana..ana membina ukhwah kerana Allah..ingin ana bersahabat dengam mereka sampai ke syurga...i'allah...
Diri ana mulai sedar akan kesilapan itu apabila ana ditimpa musibah...Allah menduga ana untuk memberi peluang kepada diri ini untuk berfikir apakah silapnya ana berasa sedemikian...um..nak tahu apa yang ana rasa? ana sering kali sensitif@cepat terasa dengan keadaan sekeliling..apa yang berlaku membuatkan ana cepat tersentuh...ana terfikir sejenak,mengapa perasaan ini hadir..??sedangkan ana rasa kan hal-hal seremeh itu tidak pernah ana fikirkan dan amik kisah..perasaan sedih menyelubungi diri...dengan Allah ana meminta mengapa Allah memberi rasa ini...
ana muhasabah diri...
ana mendapat jawapannya...
rupa-rupanya selama ini, ana telah silap memiliki sifat itu...subhanaallah..
ana meminta padaNya, "jika ini adalah ujianMu Ya Allah...HambaMu bersyukur diberi ujian seperti ini kerana hambamu mulai sedar bahawa aku telah menzalimi diriku sendiri malah menghancurkan bersahabatan yang telah lama terbina...Berikanlah aku hidayahMu Ya Allah..."
ana serahkan urusan ini kepada Allah...
alhamdulillah...
Allah telah mengirimkan seseorang buat ana untuk mengeratkan lagi silaturahim yang hambar..
bermula dari peristiwa itu, kami bersatu kembali dan ana dapat mengikis sifat itu sikit demi sikit..(masih menyesuaikan diri)
makin hari...ana selesa dengan tiada nya sifat itu..kerana ana mahu berubah untuk menjdi lebih baik demi bersahabatan yang terjalin kerana Mu..
walaupun ianya kekok bagi ana dan juga kalian tapi ana tetap bersyukur sekurang-kurangnya ana telah sedar dan tidak tersesat selamanya..
rasa Allah Menyanyagi diri ana...dan sahabat2 ana...syukur padaNya...
p/s : buat sahabat..maaf jika ana ada tercalar hati kamu...ana tahu sedikit sebanyak ada sikap ana yang terkesan dihati kalian..ana insan yang lemah..yang masih bertatih untuk menjadi yang terbaik buat kalian... ingin ku bawa ukuwah fillah ini ke syurga...
mekasih buat masakan ayah Fendi yang menyatukan kami pada malam itu..tak lupa juga pada ibu ku yang menjadi utusan dari Allah untuk menghantar mee sup itu..sedap!! dua bungkus kami makan licin...!!hihi....(kami kaki makan)
~Love Islam~
0 comments:
Post a Comment