Assalamualaikum semua & Salam ukhwah untuk sahabat-sahabat semua :)
Ana ingin berkongsi satu hukum yang mungkin ada segelintir di luar sana yang terlepas pandang akan hal ini iaitu apakah hukum menindik telinga....?
Sebenarnya ana sendiri pun terlepas pandang akan hal tersebut sehinggalah ada seorang sahabat ana yang bertanyakan akan hal itu...
Amira : " Na, apa ya hukum kita sebagai umat islam menindik telinga? "
Ana : " A'ah...ana sendiri pun kurang arif soal itu... tak apa la mira nanti kita sama-sama cari ya apakah jawapannya"
Ana terus google untuk carikan hukumnya...rupa-rupanya masih ada ramai lagi yang musykil akan hal ini... umm...tapi sekarang ana sudah tahu akan hukum tersebut...jom ikuti jawapan untuk persoalaan ini.
Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diektahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
( Surah An-Nisa : 31 )Sebenarnya ana bukanlah mujtahid untuk menentukan apakah hukum yang sebenarnya harus diletakkan. Tetapi jika mengikut pembacaan ana dalam ciri-ciri wanita masuk syurga adalah dilarang bagi wanita untuk menindik telinga. Ini kerana menindik telinga akan memberi kesan pada kulit serta mengubah struktur kulit tersebut. Berbeza dengan berbekam kerana walaupun berbekam akan memberi kesan pada kulit tetapi ianya memberi manfaat, tidak seperti menindik telinga...Jadi, apakah sebenarnya manfaat menindik telinga ini?
Selain itu, jika menindik telinga adalah untuk tontonan ramai adalah dilarang juga lebih-lebih lagi jika dipertontonkan oleh golongan lelaki. Perhiasan tubuh wanita yang hanya boleh dilihat cuma tapak tangan dan muka sahaja. Sebenarnya isu ini berbalik kepada niat kita adakah niat kita untuk dipertontonkan? tetapi bagi pandangan ana, seseorang yang menindik telinga hanyalah mahu dipertontonkan oleh orang ramai dan mahu ianya kelihatan cantik dipandangan orang...itu sudah dikategorikan sebagai terpesong niat...! tapi apakah niat lain yang baik untuk isu menindik telinga ini?? Bagi ana niatnya hanyalah satu iaitu untuk dipertontonkan. Ada siapa yang punya pandangan yang berbeza?
Mengikut pandangan ulama' menindik telinga adalah harus oleh wanita tetapi haram bagi kaum lelaki. Maksudnya harus disini ialah menindik tidak berlebihan yang boleh mengundang fitnah. Jika perbuatan itu dapat mengundang fitnah ianya haram bagi kaum tersebut.
Ana hanyalah mengeluarkan pandangan dari dalil Al-Quran dan Sunnah. Tetapi jika ada sesiapa yang mempunyai pandangan dari para ulama' boleh kongsikan juga ya... :)
p/s : kesimpulannya...bagi ana tidak perlulah untuk menindik telinga kerana niat untuk menindik adalah hanya satu iaitu untuk kecantikkan....lebih-lebih lagi jika bertindik lebih dari satu...itu sudah menjadi hukum dilarang dalam islam...bagi yang sebelum ini tidak tahu dan pernah menindik telinga, perbuatan itu tidak mengapa kerana kita masih jahil akan perkara itu...dan sekarang jika ilmu sudah ada beramal lah dengan ilmu ini...bukankah salah satu ciri orang-orang yang masuk syurga adalah dengan beramal dengan ilmu yang dimilikinya??
~ LoVe iSlaM ~
0 comments:
Post a Comment